24 April 2012

Mangkit tidoq (bahasa baku: bangun tidur)

Ok, aku akui yg perkara bangun awai pagi adalah a bit mencabar utk aku. Ishk tktau nk habaq, sbb mmg aku dr kecik2 mmg liat nk bangun, dulu hari2 wish sekolah terbakaq/ banjir/ bus rosak dan sebagainya. tp aku dok kt SP, maka bencana alam adalah rare utk area kt sana (maklumlah ala2 bandaraya kan..im a proud kedahan yeah).

Pagi ni bangun 5am, sbb nk kena hantaq hubby p office dia. Driver bus tk mangkit tdoq lg, sistem lrt pun depa belum on power, so aku lah kena jd driver pepagi buta. Terkulat2 bijik mata sungguh2 mcm ada gam tk leh nk bukak. ada lah dalam 10min jgk kuatkan otot2 mata utk cuba bukak. Bila dh berjaya bukak, terus p pancuq (bhs utara utk toilet) dan basuh muka + gosot gigi secara manja (buat bg hilang bau saja utk sembang, satg nk gosot lg sekali sebelum p keja kan, suamiku suka memerli aku bila menyebut perkataan gosot... cute apa gosot, mcm lg senang nk sebut dr gosok kan). Ok, sambung cerita sebelum melalut pasai penjagaan gigi. 520am dh sampai ofc dia kt Jln Tunku Ismail. Nasib baik la ofc dia dkt saja, aku bajet before 6 dh bole sampai rumah balik. Tepat sangkaan ku, 550 sampai, teruih salin balik attire baju tidoq.

Azan subuh berkumandang, maka terus lah aku pun solat, sebelum acara dive atas katil. Sesudah subuh (cewah ayat skema), perut pulak ber-kpop, kaki dgn mode automatik teruih jln p kat dapuq, tgn pun mode automatic ambik garpu , peanut butter dan marjerin dan sapu kat atas sekeping roti. Pekena plk dgn full cream mmilk yg tgh sejuk, lagu kpop teruih stop. Perut dah kenyang, solat pn dah...apa lagi nk buat selain menyambung acara TIDOQ. Bila dah landing, mata dok mengada2 tkmau nk lelap, so iphone dan fb menjadi sasaran, smp dh rs nk lelap teruih tertidoq smp 8+. Jari aku mode automatic dok tekan snooze kt fon smp nk berlubang screen. last2, tertekan call. Call sapa? My friend Nurul. Nasib baik lah tk tekan no fon bos aku. Fon kt tgn aku, dia jawab fon tp aku tk ckp apa, sbb dok tgh tdoq. last2 aku dgq sora dia dok panggil nama aku...lah rupanya dia stay kt line sbb dia risau aku call pagi2. suara pulak time mangkit tdoq tau lah mcm apa kan. Dia pun tanya aku "Ana hg dok teriak ka wei...wei pasaipa weiii... awat dgn hg?" . Aku masih diam sbb blur lg.Dia dok cont jd panic, aku slumber kata ": wei dak la aku br mangkit tidoq ni, thx wei gerak aku... aku call hg untuk hg kejut aku mangkit tidoq wei". Nasib baik lah rumahku hanya 6min dr ofc..huahuahuaaaa... mcm mana la thn dpn nk pindah ni, sure rekod masuk ofc buruk ja....

-________-'

17 April 2012

Ayam masak sweet sour & Tauhu jepun masak telur

Last weekend, me and hubby decided to eat home made lunch, so mcm selalu aktiviti membuka buku resipi atau meng-google adalah wajib. hehe. Here sharing 1 of the recipe in the recent recipe book that I purchased from The Popular bookstore - 1 hari 1 resipi.


A. Ayam masak sweet sour

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
bahanA :
Serbuk pati ayam (Knorr / Maggi)
Garam
Isi ayam (dipotong kecil)
Bawang merah - sebiji dipotong dadu
Bawang putih - 2 ulas
Daun bawang (hiasan)

bahanB:
Cili hidup hijau - 1 batang
Cili hidup merah - 1 batang
Tomato - separuh dipotong dadu
Sos tomato dan cili

Cara-cara
Goreng ayam dan asingkan. Tak perlu terlalu garing.
Tumis bawang hingga naik bau
Masukkan semua bahanB dan rasa, masukkan serbuk pati ayam bereserta garam sehingga cukup rasa.
Masukkan ayam dan gaul bersama.
Hidangkan di atas pinggan bersama hirisan daun bawang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
And here's a recipe that I found on myresipi.com


B. Tauhu jepun masak telur


Bahan-bahan ( 2-3 orang )
2 peket Tauhu Jepun Telur
1/2 kiub pati ayam Maggi.
1 inci Halia (diracik halus2)
3 ulas Bawang putih (diracik halus)
1 biji Telur
1/2 cawan air.
Garam

Cara-cara
Tauhu dipotong kepada 8 @ 10 bahagian.Terpulang kepada individu yg suka nipis @ tebal.
Kemudian goreng diatas minyak yang sedikit hingga kekuningan.
Tumis bawang putih & halia sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air dan kiub pati ayam Maggi.
Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan telur dan sos tiram. Bagi yg suka hirup kuah boleh tambah air lagi tapi bagi ssiapa yg suka pekat boleh campurkan dgn tepung jagung.
Bila kuah sudah pekat masukkan pula tauhu yg telah digoreng sebentar tadi.
Hidangkan bersama2 daun bawang.