24 April 2012

Mangkit tidoq (bahasa baku: bangun tidur)

Ok, aku akui yg perkara bangun awai pagi adalah a bit mencabar utk aku. Ishk tktau nk habaq, sbb mmg aku dr kecik2 mmg liat nk bangun, dulu hari2 wish sekolah terbakaq/ banjir/ bus rosak dan sebagainya. tp aku dok kt SP, maka bencana alam adalah rare utk area kt sana (maklumlah ala2 bandaraya kan..im a proud kedahan yeah).

Pagi ni bangun 5am, sbb nk kena hantaq hubby p office dia. Driver bus tk mangkit tdoq lg, sistem lrt pun depa belum on power, so aku lah kena jd driver pepagi buta. Terkulat2 bijik mata sungguh2 mcm ada gam tk leh nk bukak. ada lah dalam 10min jgk kuatkan otot2 mata utk cuba bukak. Bila dh berjaya bukak, terus p pancuq (bhs utara utk toilet) dan basuh muka + gosot gigi secara manja (buat bg hilang bau saja utk sembang, satg nk gosot lg sekali sebelum p keja kan, suamiku suka memerli aku bila menyebut perkataan gosot... cute apa gosot, mcm lg senang nk sebut dr gosok kan). Ok, sambung cerita sebelum melalut pasai penjagaan gigi. 520am dh sampai ofc dia kt Jln Tunku Ismail. Nasib baik la ofc dia dkt saja, aku bajet before 6 dh bole sampai rumah balik. Tepat sangkaan ku, 550 sampai, teruih salin balik attire baju tidoq.

Azan subuh berkumandang, maka terus lah aku pun solat, sebelum acara dive atas katil. Sesudah subuh (cewah ayat skema), perut pulak ber-kpop, kaki dgn mode automatik teruih jln p kat dapuq, tgn pun mode automatic ambik garpu , peanut butter dan marjerin dan sapu kat atas sekeping roti. Pekena plk dgn full cream mmilk yg tgh sejuk, lagu kpop teruih stop. Perut dah kenyang, solat pn dah...apa lagi nk buat selain menyambung acara TIDOQ. Bila dah landing, mata dok mengada2 tkmau nk lelap, so iphone dan fb menjadi sasaran, smp dh rs nk lelap teruih tertidoq smp 8+. Jari aku mode automatic dok tekan snooze kt fon smp nk berlubang screen. last2, tertekan call. Call sapa? My friend Nurul. Nasib baik lah tk tekan no fon bos aku. Fon kt tgn aku, dia jawab fon tp aku tk ckp apa, sbb dok tgh tdoq. last2 aku dgq sora dia dok panggil nama aku...lah rupanya dia stay kt line sbb dia risau aku call pagi2. suara pulak time mangkit tdoq tau lah mcm apa kan. Dia pun tanya aku "Ana hg dok teriak ka wei...wei pasaipa weiii... awat dgn hg?" . Aku masih diam sbb blur lg.Dia dok cont jd panic, aku slumber kata ": wei dak la aku br mangkit tidoq ni, thx wei gerak aku... aku call hg untuk hg kejut aku mangkit tidoq wei". Nasib baik lah rumahku hanya 6min dr ofc..huahuahuaaaa... mcm mana la thn dpn nk pindah ni, sure rekod masuk ofc buruk ja....

-________-'

17 April 2012

Ayam masak sweet sour & Tauhu jepun masak telur

Last weekend, me and hubby decided to eat home made lunch, so mcm selalu aktiviti membuka buku resipi atau meng-google adalah wajib. hehe. Here sharing 1 of the recipe in the recent recipe book that I purchased from The Popular bookstore - 1 hari 1 resipi.


A. Ayam masak sweet sour

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
bahanA :
Serbuk pati ayam (Knorr / Maggi)
Garam
Isi ayam (dipotong kecil)
Bawang merah - sebiji dipotong dadu
Bawang putih - 2 ulas
Daun bawang (hiasan)

bahanB:
Cili hidup hijau - 1 batang
Cili hidup merah - 1 batang
Tomato - separuh dipotong dadu
Sos tomato dan cili

Cara-cara
Goreng ayam dan asingkan. Tak perlu terlalu garing.
Tumis bawang hingga naik bau
Masukkan semua bahanB dan rasa, masukkan serbuk pati ayam bereserta garam sehingga cukup rasa.
Masukkan ayam dan gaul bersama.
Hidangkan di atas pinggan bersama hirisan daun bawang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
And here's a recipe that I found on myresipi.com


B. Tauhu jepun masak telur


Bahan-bahan ( 2-3 orang )
2 peket Tauhu Jepun Telur
1/2 kiub pati ayam Maggi.
1 inci Halia (diracik halus2)
3 ulas Bawang putih (diracik halus)
1 biji Telur
1/2 cawan air.
Garam

Cara-cara
Tauhu dipotong kepada 8 @ 10 bahagian.Terpulang kepada individu yg suka nipis @ tebal.
Kemudian goreng diatas minyak yang sedikit hingga kekuningan.
Tumis bawang putih & halia sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air dan kiub pati ayam Maggi.
Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan telur dan sos tiram. Bagi yg suka hirup kuah boleh tambah air lagi tapi bagi ssiapa yg suka pekat boleh campurkan dgn tepung jagung.
Bila kuah sudah pekat masukkan pula tauhu yg telah digoreng sebentar tadi.
Hidangkan bersama2 daun bawang.



30 March 2012

Last night's homecooked dinner -> Fish, Tofu, Vegetables (Ikan, Tauhu, Sayur)

Yesterday I took opportunity to go back early from office as I have no office projects to work on. Bukan selalu dpt balik awal mcm ni. So I arrived at home around 545pm. Lepak2 tgk tv, tgk buku resipi then teringat yg hari tu ada beli ikan bawal putih sbb konon nk buat ikan masak chuan  (yup2 resipi yg hg bagi kt aku tu Hip). So I decided to do it. and 2 other meal was mix vege (sayur campur) and also spicy tofu and enchovies (tauhu dan bilis masak sambal-resipi hentam)

So here are the recipes and pics. :) 

Menu 1: Ikan masak Chuan (courtesy of Hip)

Bahan-bahan
  1. 3 ekor ikan bawal putih, saiz sederhana
  2. 1 biji bawang besar, hiris
  3. 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  4. 1 biji cili merah, buang biji, hiris dan dadu halus - smlm mcm malas nk hiris halus so hiris mcm biasa :P
  5. 3 camca besar plum sos - I used 'Life' brand - it is highly recommended
  6. 1 camca besar sos tiram
  7. 1 cawan air
  8. Sedikit kicap air
  9. Gula secukup rasa
  10. Hirisan daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara
  1. Ikan disiang, cuci bersih, kelar sedikit dan lumur dengan secubit garam, serbuk lada sulah dan sedikit kunyit serbuk. 
  2. Goreng hingga kuning keemasan, toskan dan susuh dalam pinggan sesuai.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia. ( I didn't use halia as I have none in my kitchen last night). Tumis hingga wangi. 
  4. Masukkan cili, sos plum dan sos tiram, kacau rata dan masukkan air. Biar mendidih. 
  5. Tambah gula secukup rasa dan kicap cair. 
  6. Masak hingga pekat.
  7. Tuang atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun bawang dan hidangkan segera selagi hangat.. (Daun bawang pn tkdak smlm, so tk pakai jgk :p )
Hasilnya


sedaaaapppp tapi termasak cair sbb nk kuah lebih. 

Notakaki: Hari tu hubby bwk blk byk Life punya sauce and paste - blackpepper, kari kapitan, plum sauce etc2 (Free lah katakan :P free pn sbb dh nk expired thn ni) . And so far dh try most of them and mmg sedap sgt, tk perlu nk tambah garam+gula byk sgt pn sbb dh mmg sauce/paste tu sedap. So nxt time, tk perlu la look after other brands lagi, coz Life mmg sedap! :) (berapa byk sedap daaaa...hahaha.. kena support hubby's company....tp sumpah tk tipu mmg sedap (lg sekali))


Menu2 : Tauhu & Bilis masak sambal.

Bahan-bahan
  1. 2 ketul tauhu - dipotong saiz kecil mengikut firasat masing2. hehehe..
  2. 1 labu bawang besar - dipotong bulat2
  3. Sambal - yg mama bwk dr SP tu dh habis n sbb belender masih blum beli, so aku guna Adabi punya ja
  4. Ikan Bilis - ikut suka byk mana nak letak
  5. Sos tiram - dlm 2 sudu besar
  6. Sos tomato  - dlm 2 sudu besar
  7. Gula
  8. Garam


Cara-cara
  1. Goreng tauhu dan bilis secara berasingan
  2. Tumis bawang dan sambal (make sure sambal tu dh masak dan jgn smp hangit)
  3. Masukkan sos tiram, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Kalau nk tambah Maggie secukup rasa pn bole (aku mmg supporter kuat bnda alah ni..hehe)
  4. Masukkan tauhu dan bilis yg digoreng td. Gaul dan gorengkan sekali.

Hasilnya



Menu 3: Sayur Campur 


Hmmm...tk perlu kot nk cerita panjang, rasa mcm semua org tau ja mcm mana nk masak ni. hehe...potong2 semua sayur (aku beli yg dh potong siap2 kt jusco sbb nk express..hehee..ada carrot, mushroom, kobis, cili hijau), goreng ngan sos tiram ja. Tp smlm tak rendam su'un lepas tu bila goreng dia jd mcm bihun.hahha.. sori la, hubby br bgtau kena rendam actually. sori ya, inilah akibat dulu2 jarang masuk dapuq. :P


Hasil


28 March 2012

Awesome Drawsome

For the past 2 weeks, I've been addicted to this game called DrawSomething or Drawsome on iPhone. I think everybody who owns and iPhone/iPad or Android does. It's been a big hit since it was launched, I think it was last month. Sampai tk boleh nk tdoq masa 1st week main tu, but now dh mula bosan coz of it's repeating words and coins pun dah byk sgt smp tk tau nk buat apa dgn coins tu, kalau boleh cash out tkpa jgk. hehe.. 
I also play with my colleagues who mostly own an iPhone or Android. We even call it our team bulding. hehe. Here are some early drawings that I've done and proud of, i know it's not vr nice but hey it's not easy to draw using your bulky finger on the iPhone screen ok :) so I deserve some credits. haha. =)







27 March 2012

Menu orang sakit paling senang di dunia / The easiest chicken porridge recipe on earth =)

My mom used to make me bubur nasi ayam (chicken porridge) since I was small whenever I had fever. I never learnt how she made it though =P And recent Sunday my hubby felt feverish and it gave me the reason to learn how to make the porridge. I right away called mom. It's actually the most simplest recipe I've heard so far. No wonder my mom doesn't bother me to learn about it before. It's just a chop2, throw the chopped items all together and serve it. Yup, just a few simple steps! So, here I 'm gonna share how I made it. 

What you need? (Serving for 2 full bowls)
  1. Rice (Beras)  1 cup
  2. Onion (Bawang besar) - 1
  3. Carrot - 1/2
  4. Tapioca (Ubi kentang) - 1
  5. Salt (Garam)
  6. Boneless chicken (Ayam) - sliced or cut into strips (you could also switch to fish)


How To?
1. Dice the carrot, tapioca and onions. 


2. Wash rice in a pot. Add in 6 cups of water. (I kept adding up and I estimate it was 6 cups, it depends on you tho -if you prefer the porridge to be thicker, lessen the water and vice-versa)
3. Throw all the diced items and chicken into the same pot. (atau dlm bahasa kedah nya - tauk semua yg dh potong2 tu dlm periuk tu :p )
4. Add in some salt. (Tambah garam secukup rasa, nk boh Maggie Secukup Rasa pn boleh)
5. Heat them up! (Letak atas api) :)
6. Serve it while it's still hot. Yummy! (Makan masa panaih2, sedap!)


23 March 2012

Kueteow goreng ala Nurul :)

I worked night shift last night till 1+am .. So today I only need to b in the office for about 3 hours, soI woke up late in the afternoon. Thought of having lunch outside but my ofc girlfriends planned to eat at the canteen, so I decided to cook lunch. Hmm, dah lama tk masak kueteow goreng my bestie recipe :) So here sharing the recipe. Its easy peasy.

Bahan2

  1. Koey teow - setengah bungkus
  2. Bawang putih - 4-5 ulas
  3. Minyak
  4. Sos tiram
  5. Cili blend (sambal)
  6. Kicap manis - cap kipas udang
  7. Maggie secukup rasa.
  8. Garam
  9. Sotong 
  10. Udang


Cara2

  1. Ketuk bwg putih dlm 4-5 biji
  2. Panaskan minyak (jgn byk sgt)
  3. Masuk bwg putih bg wangi
  4. Masuk masuk sambal. Kalau sambal tu belum masak tumis bg lama sikit.
  5. Masukkan udang + sotong (lebih sedap udang/stg drpd ayam), kalau prefer ayam pun boleh ja. 
  6. Masukkan garam
  7. Masukkan kicap n oyster sauce
  8. Then bila semua dah secukup rasa, masukkan koay teow, kucai dan taugeh 


* yg penting kita kena rasa setiap kali masukkan apa2 bhn pun. Kalau nak pekat, biarkan masak lama sikit bg. Kalau prefer berair, tambah air panas.



Hmm hari tu tkdak taugeh and kucai, so gantikan cili merah so that ada coloring skit :)

Selamat Mencuba!