17 April 2012

Ayam masak sweet sour & Tauhu jepun masak telur

Last weekend, me and hubby decided to eat home made lunch, so mcm selalu aktiviti membuka buku resipi atau meng-google adalah wajib. hehe. Here sharing 1 of the recipe in the recent recipe book that I purchased from The Popular bookstore - 1 hari 1 resipi.


A. Ayam masak sweet sour

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
bahanA :
Serbuk pati ayam (Knorr / Maggi)
Garam
Isi ayam (dipotong kecil)
Bawang merah - sebiji dipotong dadu
Bawang putih - 2 ulas
Daun bawang (hiasan)

bahanB:
Cili hidup hijau - 1 batang
Cili hidup merah - 1 batang
Tomato - separuh dipotong dadu
Sos tomato dan cili

Cara-cara
Goreng ayam dan asingkan. Tak perlu terlalu garing.
Tumis bawang hingga naik bau
Masukkan semua bahanB dan rasa, masukkan serbuk pati ayam bereserta garam sehingga cukup rasa.
Masukkan ayam dan gaul bersama.
Hidangkan di atas pinggan bersama hirisan daun bawang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
And here's a recipe that I found on myresipi.com


B. Tauhu jepun masak telur


Bahan-bahan ( 2-3 orang )
2 peket Tauhu Jepun Telur
1/2 kiub pati ayam Maggi.
1 inci Halia (diracik halus2)
3 ulas Bawang putih (diracik halus)
1 biji Telur
1/2 cawan air.
Garam

Cara-cara
Tauhu dipotong kepada 8 @ 10 bahagian.Terpulang kepada individu yg suka nipis @ tebal.
Kemudian goreng diatas minyak yang sedikit hingga kekuningan.
Tumis bawang putih & halia sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air dan kiub pati ayam Maggi.
Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan telur dan sos tiram. Bagi yg suka hirup kuah boleh tambah air lagi tapi bagi ssiapa yg suka pekat boleh campurkan dgn tepung jagung.
Bila kuah sudah pekat masukkan pula tauhu yg telah digoreng sebentar tadi.
Hidangkan bersama2 daun bawang.



No comments:

Post a Comment